Image Banner

FAMILY DAY BAKEGS MITTIS 2026

PENGHARGAAN FAMILY DAY BAKEGS MITTIS 2026

Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga BAKEGS MITTIS atas kemeriahan dan semangat kebersamaan yang ditunjukkan sepanjang Family Day BAKEGS MITTIS 2026.

📅 Tarikh: 17 Oktober 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 9.00 pagi
📍 Tempat: Refarm Leisure Park, Kampar, Perak

Semoga program ini menjadi wadah untuk mengeratkan ukhuwah, memperkukuh hubungan kekeluargaan serta mencipta kenangan indah dalam kalangan warga BAKEGS MITTIS. Diharapkan semangat kebersamaan ini terus subur dan menjadi pemangkin kepada kerjasama yang lebih erat pada masa akan datang.

Bersama mengukir kenangan, eratkan ukhuwah, semarakkan kebersamaan.

LAGI

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH & JAMUAN KOKURIKULUM

PENGHARGAAN MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH DAN JAMUAN KOKURIKULUM MITTIS 2026

Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada seluruh warga MITTIS yang telah menjayakan Majlis Penyampaian Hadiah dan Jamuan Kokurikulum yang berlangsung pada 14 Oktober 2026, bertempat di Dewan Al-‘Afaasiy.

Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan atas komitmen, kerjasama dan pencapaian para pelajar dalam aktiviti kokurikulum, di samping mengeratkan ukhuwah serta menyemai semangat kebersamaan dalam kalangan warga sekolah.

Sekalung tahniah diucapkan kepada para penerima hadiah atas kejayaan yang diraih.

Semoga penghargaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kecemerlangan dalam bidang kokurikulum serta membentuk sahsiah dan jati diri yang unggul.

Terima kasih juga kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan dan sumbangan tenaga dalam memastikan majlis berjalan dengan lancar dan jayanya.

Semoga segala usaha dan kerjasama yang dicurahkan diberkati Allah SWT serta menjadi pemangkin kepada kecemerlangan MITTIS pada masa hadapan.

LAGI

PROGRAM MOTIVASI PELAJAR SPM 2026“WAK E UP! SPM DAH DEKAT!

PROGRAM MOTIVASI PELAJAR SPM 2026“WAK E UP! SPM DAH DEKAT!
 
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Motivasi Pelajar SPM 2026 yang melibatkan seluruh pelajar Tingkatan 5 MITTIS Sabak Bernam.
 
Program diserikan dengan perkongsian penuh inspirasi daripada Ustaz Firdaus Mokhtar dan Ustaz Abu Hurairah Roslan serta aktiviti yang menyuntik semangat anak-anak untuk menghadapi SPM. Antara detik paling mengharukan ialah slot membaca surat cinta daripada ibu dan ayah.
 
Air mata anak-anak yang mengalir menjadi bukti betapa gembira dan bersyukurnya mereka kerana masih rasa dikasihi, disayangi, dan sangat terharu dengan doa serta pengorbanan ibu bapa dalam mengiringi perjuangan mereka.
 
Semoga momen ini menjadi pembakar semangat untuk anak-anak terus berusaha dan tidak mudah mengalah untuk mencapai apa yang dicita-citakan.
 
 
LAGI

MAJLIS KHATAM AL-QURAN 30 JUZUK SAUDARA MUHAMMAD AQIL FAHIM BIN FAIZUL

🌙 PENGHARGAAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN 30 JUZUK

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dan penghargaan diucapkan kepada seluruh warga MITTIS atas kelancaran Majlis Khatam Al-Quran Sempena Tamat Hafazan 30 Juzuk oleh Muhammad Aqil Fahim bin Faizul.

📅 2 Oktober 2026 (Jumaat)
⏰ 8.00 malam
📍 Dewan Al-‘Afaasiy

Tahniah diucapkan atas pencapaian yang penuh barakah ini. Semoga Al-Quran terus menjadi cahaya dalam kehidupan, panduan dalam setiap langkah dan syafaat di akhirat kelak.

بارك الله فيك، وجعلك الله من أهل القرآن وخاصته.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi buat seluruh warga MITTIS untuk terus mencintai, menghayati dan mengamalkan Al-Quran. 🤲✨

LAGI

PROGRAM PERKAMPUNGAN ILMU SPM 2026

🎉 PERKAMPUNGAN ILMU SPM 2026🎉
 
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan, kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam menjayakan Program Perkampungan Ilmu SPM yang telah berlangsung pada:
 
📍 29 September 2026 - 1 Oktober 2026
📝 Laman Mazmida, Sungai Besar
 
Program ini tidak mungkin dapat direalisasikan tanpa kesungguhan dan kerjasama erat daripada pihak pengurusan, para guru, ibu bapa serta para pelajar yang telah bersama-sama mencurahkan tenaga, masa, idea dan bakti sepanjang program berlangsung.
 
Sesungguhnya, setiap ilmu yang disampaikan, setiap bimbingan yang diberikan dan setiap pengalaman yang dilalui sepanjang program ini merupakan satu langkah bermakna dalam membentuk keyakinan, motivasi dan kecemerlangan para calon SPM.
 
Semoga segala usaha dan pengorbanan yang dicurahkan menjadi amal yang diberkati serta memberikan manfaat yang berpanjangan dan semoga Perkampungan Ilmu SPM ini menjadi titik tolak kepada lahirnya generasi yang berilmu, berkeyakinan dan berjaya menggapai impian.
Terima kasih atas segala jasa, komitmen dan kerjasama yang diberikan. Semoga segala usaha yang dicurahkan menjadi pemangkin kepada kejayaan cemerlang para calon SPM.
 
LAGI

PROGRAM MINI KARNIVAL PITAS 2026

🏆 PENGHARGAAN PROGRAM MINI KARNIVAL PITAS 2026

PERSATUAN INSTITUSI TAHFIZ AL-QURAN NEGERI SELANGOR (PITAS)

Tarikh: 16 September 2026 (Rabu)

Masa: 8.00 pagi

Tempat: Maahad Tahfiz Pusat As-Solihin, Sabak Bernam

Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada seluruh warga Maahad Integrasi Tahfiz Tunas Ilmuwan Selangor (MITTIS) atas penyertaan dalam MINI KARNIVAL PITAS 2026 anjuran Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS).

Program yang berlangsung di Maahad Tahfiz Pusat As-Solihin, Sabak Bernam ini telah menghimpunkan para peserta daripada institusi tahfiz melalui pelbagai pertandingan sukan dan permainan, antaranya Ping Pong, Karom, Futsal dan Catur (Chess). Penganjuran program ini bukan sahaja menyemarakkan semangat kesukanan, malah turut memperkukuh ukhuwah, kerjasama dan silaturahim antara institusi tahfiz di Negeri Selangor.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada kontinjen MITTIS yang telah menunjukkan semangat juang, disiplin dan prestasi cemerlang sehingga berjaya meraih pencapaian berikut:

Ping Pong - JOHAN

Chess (Catur) - JOHAN

Futsal - KETIGA

Sekalung penghargaan turut ditujukan kepada para guru pembimbing, jurulatih, peserta dan semua pihak yang telah memberikan sokongan serta komitmen dalam menjayakan penyertaan MITTIS pada karnival ini.

Semoga kejayaan yang diraih menjadi inspirasi kepada seluruh warga MITTIS untuk terus mengasah bakat, meningkatkan prestasi dan mengamalkan nilai kesukanan yang tinggi. Mudah-mudahan program sebegini terus menjadi medan untuk melahirkan generasi huffaz yang cemerlang dalam akademik, sahsiah dan kokurikulum.

Tahniah dan syabas, kontinjen MITTIS! 🏆

LAGI

HARI TEMUDUGA PELAJAR BAHARU AMBILAN SESI 2027

🌟 PENGHARGAAN HARI TEMUDUGA PELAJAR AMBILAN SESI 2027 🌟

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana Hari Temuduga Pelajar Ambilan Sesi 2027 telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan penuh tertib.

📅 Tarikh: 26 September 2026
⏰ Masa: 8.30 pagi
📍 Tempat: Maahad Integrasi Tahfiz Tunas Ilmuwan Selangor (MITTIS)

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada barisan pengurusan, guru-guru, panel penemuduga, urus setia serta seluruh warga MITTIS atas komitmen, kerjasama dan kesungguhan yang telah diberikan dalam menjayakan sesi temuduga ini.

Tidak dilupakan, penghargaan turut ditujukan kepada para ibu bapa dan calon-calon pelajar Ambilan Sesi 2027 yang telah hadir dengan penuh semangat, disiplin dan kesungguhan. Kehadiran serta kerjasama yang diberikan amat bermakna dalam memastikan proses pemilihan calon dapat dilaksanakan dengan baik.

Semoga usaha yang dilaksanakan ini menjadi langkah awal dalam memilih dan membentuk generasi al-Quran yang berilmu, berakhlak, berdisiplin serta cemerlang dalam akademik dan sahsiah, selaras dengan aspirasi Maahad Integrasi Tahfiz Tunas Ilmuwan Selangor.

“Bersama Melahirkan Huffaz Professional.”

Sekalung tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan Hari Temuduga Pelajar Ambilan Sesi 2027. Semoga segala usaha dan jasa yang dicurahkan mendapat ganjaran serta keberkatan daripada Allah SWT.

بارك الله في جهودكم، وجزاكم الله خيرًا 🤲🏻✨

LAGI

Image News
Image News

Image Banner